Friday, October 24, 2014

Assalamualaikum...

Kat internet skg ni kecoh isu anjing, pegang anjing, peluk anjing, cium anjing dan sewaktu dengannya. Honestly aku mmg bkn peminat binatang bulu-bulu ni. Kucing pun aku xmau peluk apatah lagi anjing. Kalau kucing mai gesel kaki, alamat aku akan lari dari kucing tu. Dulu masa aku kecik aku akan tendang kucing yang dekat dgn aku. Tu masa kecik masa jahil, takdak belas kasihan. Bila dah besaq dan matang (ehem!!) aku akan blah atau ckp kat kucing tu jgn kacau aku.. 

Aku ada jugak usap-usap kepala kucing mak sedara aku kalo dia tido tapi setakat tu ja la. nak angkat peluk mmg tak la.. tapi itu bkn bermakna aku benci kucing. aku suka tgk kucing, tp aku benci taik kucing busuukk.. tp kalau  kata ada kucing sakit ka, lapar ka aku tetap tolong yg sepatutnya.

Pasal isu anjing ni aku rasa yang paling penting adalah belas kasihan. Bukannya kempen pegang anjing. Kita kena tunjuk belas kasihan kat haiwan. kempen pegang anjing tu aku tau mungkin niat nak tunjuk kat org ramai especially non-muslim yang muslim ni sangat baik hati, boleh bertoleransi dan Islam ni mudah. Tapi personal opinion aku, matlamat penganjur kempen ni tak menghalalkan cara. 

Sebagai orang melayu yang besaq kat kampung masa kecik-kecik mama dan abah aku selalu bagitau yang org islam tak buleh bela anjing. tapi tak bgtau kenapa, aku pun masa tu redha ja tak pernah plak nak memberontak tanya pak aku pasaipa tak boleh? Padahal sebelah kedai yg bapak aku meniaga kedai cina, depan pun kedai cina yang mmg bela anjing. aku tengok mcm tu ja anjing tu tak pernah rasa nak pegang. anjing tu pun ok ja tak pnah ada rasa nak mai kedai abah aku atau nak mai gesel-gesel ngan aku. so kami hidup harmoni ja. Sebab yang utama adalah mama ngan abah aku tak pernah dok kata anjing ni binatang jahat atau buas cuma depa kata aku tak boleh pegang anjing. bila dah stat sekolah baru aku paham pasal najis ni semua. But still aku xpernah ada rasa jijik atau benci kat anjing. aku buat hal aku, dia buat la hal dia..

Aku rasa orang yang pakat-pakat nakpi pegang anjing ni depa nak tunjuk yang depa moden, depa boleh bertoleransi dan penyayang. Tapi aku tak rasa matlamat kempen tu tercapai pun. Sebab apa kalau hang sorang yang compassionate pasal binatang, hang takkan pi join event tu sbb benda ni tak payah tunjuk pun. hang nampak binatang sakit, kena langgar atau accident ang teruih pi tolong, tak payah ang pi join kempen bagai. Benda ni memang ada dah dalam hati kita. Kenapa kita nak beria sangat tunjuk kata Islam ni sayang kat anjing la.. aku rasa non-muslim tak heran pun kalau ang sayang kat anjing depa pun bukan semua suka anjing. ada ja kot yang suka aniaya binatang. Bila kita highlight kempen ni kata org Islam nak sentuh anjing, kan ka dah sentuh Sensitiviti yang mana sangat la tak best.. Bila dah libat sensitiviti, mula la gaduh sana, gaduh sini. dan seiously benda ni akan jadi sangat tak best.

Aku tak mau cakap la soal Al-Quran, hadis dan sebagainya sebab aku pun tak cukup ilmu di dada. tapi yang pasti aku tak rasa benda tu bagi faedah, pada aku la pada org lain tak tau pulak. Satu benda yang kena ingat jgn harini ampa semua pakat pi peluk cium anjing nanti jumpa anjing kelaparan dan berkurap ampa buat derk ja. Almaklumla anjing kat event tu semua hat comey-comey hehehe.. Ingat tu...

Babai

  

Wednesday, October 22, 2014

Perasaan Hasad Dengki

Assalamualaikum semua..

Semalam aku dok tgk Instagram. salah satu yang aku tengok adalah pic neelofa pegi bercuti. Lepas tu tertengok plak dkt komen-komen manusia kat situ. Adalah manusia-manusia ni yang dok kata dia ni nak show off la, belagak la dsb. heran aku kalau dah hang rasa dia show off buat apa dok pi follow dia pastu komen bagai.

Sebenarnya dunia kita ni byk org yang busuk hati dan suka jelous tak tentu pasal. depa-depa ni adalah orang yg takdak rasa posotif dalam diri depa. depa tgk semua benda dgn perasaan negatif. Sejak 28 taun aku hidup di dunia fana ni mmg byk aku jmpa org jenis ni. Semua benda pada mata depa adalah salah melainkan benda yg depa buat. masa tu konfem apa yg depa buat, pilih, beli semua yg terbaik. pendek kata hat org lain semua gred F depa plak Gred A +++ siap ada bintang-bintang diangkasa lagi..

Kita ni mesti kena da sifat yg positif dlm diri. pikir yg baik2 saja jgn dok pikir sgt psal org lain. kita kena pikir benda yang boleh bagi kita happy dan serously aku tak rasa kita boleh happy dgn cara kondem atau kutuk org lain. kalau kita tgk org boleh beli bnda mahal-mahal yang kita mmg teringin tp xdpt (dalam hati mmg ada rasa jeles) tp jgn la pi tunjuk, usaha smpai boleh dpt benda yg sama atau lebih baik lagi. Lagipun apa yg baik untuk org tak semestinya terbaik utk kita..

tu saja la dulu..
Assalamualaikum,

hahaha it's been almost three years aku tak update blog ni. aku buat blog ni just for fun. nak kongsi cerita...

Semalam masa dok baring-baring nak tido aku tepikir pasal blog ni. Aku terlupa yang aku ada blog.. well aku actually ada byk benda nak tulis sbb secara luarannya aku sgt reserved.. so seiring dgn pkmbangan semasa aku nak bagi pendapat aku tentang isu-isu kat keliling aku.. saja nak menulis..

so, start hari ni 23 Oktober 2014, aku janji pada diri aku utk update blog walaupun aku srg ja yang baca..

ok bye..